Pembabitan awal Izwan_Pilus

Izwan pada awalnya pernah menyertai rancangan realiti anjuran oleh RTM di kaca TV iaitu Bintang RTM 2004 secara permulaan sebelum nama beliau dikenali di layar perak. Beliau juga telah mencungkil bakat nyanyian bersama beberapa selebriti utama pada waktu itu merupakan peserta yang menyertai rancangan RTM pada tahun 2004. Antara beberapa artis yang dijadikan peserta selain Izwan adalah penyanyi seperti Farawahida, Siti Sarah Raisuddin, Ernie Zakri, Misha Omar serta Sharifah Zarina dan Ani Maiyuni selaku peserta yang terawal sebelum dijadikan finalis bagi rancangan itu. Pada masa yang sama, beliau juga pernah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir bersama finalis Bintang RTM yang lain namun beliau tidak berjaya kerana telah tersingkir dalam separuh akhir.